Friday, October 29, 2010

{ BUMI CINTA }

hari ni pikot nak bagi kupasan sket tntg cerita BUMI CINTA karya penulis yg tidak asing lagi.. Habiburrahman El-Shirazy... Of cz la ramai yg da kenal beliau kan... dari cerita ayat2 cinta.. ketika cinta bertasbih n byk lg la karya beliau.. to be truth mmg x ruG korg baca cerita ni...

Novel ni mengisahkan kehidupan yang dilalui oleh beberapa watak dalam mencari erti sebenar kebebasan.. Muhammad Ayyas seorang penuntut ilmu sejarah telah datang ke Rusia untuk membuat kajian selidik mengenai sejarah Islam moden di Rusia Moden di zaman pemerintahan Stalin dan Lenin.. Dia kemudiannya terpaksa berhadapan dengan dugaan besar apabila terpaksa menetap satu apartmen dengan dua orang wanita Rusia bukan muslim yg sangat mempersonakan namun hidup dalam kebebasan iaitu Yelena dan Linor. Yelena tidak percaya kepada Tuhan manakala Linor pula terlalu taksub dengan agama yahudi yg dianutinya..

Di samping itu, Ayyas juga terpaksa berhadapan dengan Prof Anastasia Palazzo, seorang profesor yg ditugaskan untuk membantu dan membimbing Ayyas sewaktu penyelidikannya. Prof Anastasia juga memiliki paras rupa yg menawan dan sering menggoncang nurani lelaki Ayyas. Profesor Anastasia telah jatuh hati pada tingkah laku dan peradaban Ayyas dan telah menaruh perasaan cinta pada Ayyas dan berharap agar Ayyas meninggalkan agama Islam untuk bersamanya.

Melalui Ayyas, Yelena dan Anastasia belajar mendalami kewujudan tuhan dan Islam secara khususnya. Yelena mula meninggalkan kehidupan jahiliyahnya setelah terselamat dalam kejadian malang yg menimpa dirinya. Di saat dia hampir mati, dia meminta pertolongan dari Tuhan dan dia diselamatkan dari musibah itu. Yelena kemudiannya menjadi seorang muslimah dan berkahwin dengan Devid seterusnya menjalani kehidupan berlandaskan syariah Islam.

Manakala bagi Linor, kehadiran Ayyas dalam apartmen telah menaikkan semangat membenci orang Islam dan beliau menanam azam untuk menggunakan Ayyas sebagai kambing hitam untuk membuat semua orang lebih membenci Islam. Linor memasang perangkap agar Ayyas dituduh sebagai pengebom sebuah hotel. Namun kekuasaan Allah mengatasi segalanya. Ayyas yang pada ketika itu sedang bersiaran langsung di stesen televisyen terselamat dari musibah itu.

Cerita ini mencapai klimaks apabila Linor mendapat tahu bahawa beliau sebenarnya anak kepada seorang perempuan yg berbangsa Palestin, negara yang sgt dia benci. Linor terpaku apabila dia mendapat tahu bahawa nama sebenarnya adalah Sofia Corsova dan dia anak kepada seorang muslim. Linor kemudiannya merantau dan mengkaji ilmu islam dengan lebih mendalam di Berlin dan mengucap dua kalimah syahadah di sana. setelah beberapa bulan, beliau kembali ke Rusia dengan niat untuk mencari Ayyas namun ejen MOSAD(yahudi) telah dapat mengesan penyamarannya. Dia ditembak dalam perjalanan pulang setelah berjumpa Ayyas dan menyatakn hasrat untuk menjadi yang halal buat Ayyas...

Begitulah kisah yang dipaparkan dalam novel BUMI CINTA ni.. So kepada yang belum beli, beli la yer cz dalam buku ni, korang akan dapat tahu serba sedikit tentang pemerintahan Kerajaan Rusia dari pimpinan Carl Marx etc.. korang pun akan dapat tahu kenapa ISLAM 2 merupakan agama yang TERAGUNG yang tiada gantinya. Bagaimana untuk mengetahui kewujudan Allah.. semua ada diterangkan diterangkan dalam novel ni. Jadi kepada orang yang masih tidak jelas dengan konsep Islam dan ALLAH, bacalah novel ni.. =)

p/s: thanks to my mum yg belanja novel ni utk saya.. love u mum!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...